Tuesday, 22 July 2014

Bahan-bahan ( Anggaran 150 biji )


  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tablespoon esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tablespoon baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (untuk hiasan)
  • 70 gm compound coklat



Cara-cara


  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur serta esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam dan kacau.
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras dan baking powder. Gaulkan bersama adunan tadi.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  6. Bentukkan doh menjadi bulat kecil/lonjong. Jangan lupa untuk masukkan kacang badam di dalamnya.
  7. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.
  8. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak.
  9. Sementara menunggu, cairkan compound coklat dengan kaedah "double-boil".
  10. Kemudian, masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat masak menggunakan paip. Setelah itu, taburkan badam cincang ke atasnya sebagai hiasan.

Biarkan ia kering.


EmoticonEmoticon