Friday, 25 July 2014

Bahan-bahan:


  • 1 bungkus laksa ~ rendam sampai lembut, rebus dan toskan
  • 2 tin besar sardin ~ Hancur2kan dgn garfu (saya ambil ikannya sahaja, kuah buang)
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 biji bawang besar**
  • 1 inci halia**
  • Sedikit belacan (dlm 1inci)**
  • ** ditumbuk/kisar halus
  • 3 sudu besar cili kisar (boleh tambah atau kurangkan)
  • 1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 4
  • 3 ke 4 tangkai daun kesum
  • Asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula
  • Minyak
  • Air.


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak/terbit minyak.
2. Masukkan bunga kantan serta daun kesum dan gorengkan lagi untuk beberapa minit.
3. Masukkan sardin dan air. Masakkan sehingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Bila rasanya sudah menepati citarasa, bolehlah diangkat dan hidangkan bersama dengan ulam2an seperti daun pudina(bahan ulam yg penting untuk menyedapkan laksa), hirisan timun, salad, cili api, bawang, limau dan telur dadar.


EmoticonEmoticon