Monday, 21 July 2014

Resipi Ayam Kung Pao
Bahan-bahan perap;
  • 4 keping ayam bahagian dada (buang tulang dan hiris nipis 1/2 inci )
  • 1 biji telur
  • garam
  • lada sulah
Ayam diperap bersama bancuhan telur bersama 1/2 sudu teh garam dan lada sulah secukupnya. Perapkan selama 10 minit.
Kemudian salut dengan tepung jagung. Golek-golekan ayam tue atas sepinggan tepung jagung.
Pastu celup dalam minyak panas. Goreng hingga masak.
Senangkan!
Pastu sos dia pulak…
Bahan-bahan sos;
  • 5 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • 3 ulas bawang putih (didadu halus)
  • 4 batang cili kering ( dipotong 1 inci)
  • 10 biji kacang gajus (di goreng tanpa minyak)(optional)
  • setengah cawan air
  • minyak masak untuk menumis
Cara-cara;
  1. Tumiskan bawang putih hingga wangi dan keemasan. Kemudian masukkan cili kering. Tumiskan hingga naik bau.
  2. Masukkan campuran sos. tumis sekejap.dan masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang anda inginkan. masukkan gula. bila dah mendidih matikkan api.
  3. 2013-06-08 14.38.45 Baru masukkan ayam yang sudah siap digoreng dengan kacang gajus tadi. Kacau rata. Siap!


EmoticonEmoticon