Thursday, 24 July 2014

Bahan-bahan:


  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecl garam
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam.


Cara penyediaan:


  1.  Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air yang dicampurkan dengan perwarna hijau dan air kapur. Rendamkan selama 3jam. 
  2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
  3.  Toskan beras dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit.
  4.  Kemudian masukkan santan yang dicampurkan dgn garam dan air pandan kukus lagi selama 30minit.
  5. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yg telah masak tadi dan tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
  6. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.


Bahan Untuk Air Gula:


  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul.


Cara penyediaan:


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat/pekat. Bila sudah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.


EmoticonEmoticon