Saturday, 19 July 2014



Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )


  • mee kuning sebgks (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak


Cara-cara


  1. rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang.
  2.  Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  3. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  4. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
  5. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  6. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  7. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang.
  8. bolehla dihidangkan bersama hiasan


EmoticonEmoticon