Sunday, 20 July 2014



Bahan-bahannya:-



½ kg beras nasi dagang

1 genggam beras pulut

3 ulas bwg merah-dihiris nipis

2 ulas bwg putih-dihiris nipis

1.5 inci halia- dihiris nipis

1btg serai - dihiris nipis (saya tak masukkan)

¾ cawan pati santan

1/2 tsp garam (saya tambah yang nie)

2sdk halba (fenugreek)



Cara-caranya:-


  1. Rendam beras nasi dagang dan beras pulut semalaman.
  2. Kukus beras nasi dagang selama 40 minit sehingga masak/lembut.
  3. Selepas 40 minit kukusan, angkat bekas pengukus. Keluarkan nasi dagang dan masukkan kedalam mangkuk besar.
  4. Masukkan santan yang dah dicampur dengan garam, bahan-bahan yang dihiris nipis dan biji halba. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan semula dalam bekas kukusan dan kemudian kukus semula dalam 10-15 minit. Apabila sudah masak, angkat.(Ada orang masukkan sedikit gula dalam santan, so jika anda suka anda boleh tambah)




Gulai Ikan Tongkol Kurma


Resepi dari Majalah Rasa, Oktober 2009


Bahan-bahannya:-

  • 1 kg ikan tongkol (dipotong)
  • 500ml air
  •  250ml santan pekat
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  •  5 cm halia *
  •  2 cm lengkuas (ini saya tambah)*
  • 4 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk rempah kurma
  •  4 keping asam gelugor
  •  3 sudu teh garam kasar (saya guna 2 sudu teh sahaja)
  • garam dan gula secukup rasa
  •  minyak untuk menumis



Cara memasak:-


  1.  Rebus ikan tongkol dan masukkan asam gelugor dan garam. Setelah masak, toskan dan simpan airnya. ketepikan.
  2.  Bahan yang bertanda (*) hendaklah dikisar halus.
  3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau
  4.  Kemudian masukkan cili giling, serbuk kari dan serbuk rempah kurma. Kacau sebati sehingga pecah minyak.
  5.  Seterusnya masukkan air rebusan dan ikan tongkol tadi. Biarkan mendidih.
  6.  Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula. Pastikan api perlahan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang dan acar sayuran.



Nota:-


- Untuk nasi dagang 1/2 kilo, ikan tongkol sekurang nya haruslah 2 ekor baru cukup.

Acar Sayuran




Bahan-bahannya:-

  • 30gm udang kering-ditumbuk
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji timun
  • 1/2 biji nenas ( seorang chef beri tip- guna nenas dalam tin, lebih sedap)
  •  4 bii bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • garam, gula dan cuka secukupnya
Cara memasak



  1.  Hiris nipis lobak, timun, nenas, cili merah dan cili hijau. Satukan dalam mangkuk dan kacau rata.
  2.  Kemudian masukkan udang kering dan gaul sebati
  3.  Akhir sekali masukkan garam, gula dan cuka secukupnya.



sumber: http://www.resepidaria.com/2011/04/nasi-dagang-kelantan.html


EmoticonEmoticon