Monday, 25 August 2014



Bahan2 ayam :
1 ekor ayam - dibelah 2 & cuci bersih
1/2 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan manis
1/2 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk Kabsa
2 bj bawang besar - hiris bulat besar
1/2 bj lemon - Hiris nipis
sedikit safron / pewarna kuning
sedikit olive oil
cara2 - gaul rata ayam dgn semua bahan rempah, olive oil, garam & safron. Perapkan dlm 15 minit. Balutkan dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bwg besar & lemon atas foil td & letakkan ayam diatasnya. Tutup ayam tersebut dgn aluminium foil & bakar pd suhu 250'c selama 1jam. Pd 10 minit terakhir buka sedikit foil bhgn atas. **semasa ayam dibakar ayam akn mengeluarkan air. selepas 45 @ 50 minit buka foil & keluarkan airnya & bakar semula ayam tersebut dlm 10 minit lg. ***kuah dr ayam td sya campurkan safron sblm masukkan ke dlm nasi.
Nasi :
4 cwn/pot beras basmathi - rendam 20 minit / 1jam & toskan
3 tbs minyak sapi
4 1/2 cawan air @ secukupnya
1 bj bawang besar - hiris halus
3 ulas bwg putih - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis- 1btg kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 bj buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
sedikit pewarna kuning/safron(air lebih ayam) & garam
cara2- Panaskan minyak tumis rempah, bawang & halia hingga harum & bawang layu.Masukkan kismis, goreng sebentar & masukkan pula air sehingga mendidih. Tutup api & tuang ke dlm rice cooker . Masukkan pula beras & garam. Kacau rata & masak spt biasa. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi & letakkan aluminium foil. Masukkan 1 sudu minyak & arang yg telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit spy aroma asap arang meresap ke dlm nasi. Buka semula tudung periuk & keluarkan aluminium foil bersama arang td. Titiskan 2- 3 titik pewarna kuning @ bancuhan air safron ayam td, kacau/gembur nasi. siap sedia dihidang.

2 comments

Nak tanya serbuk kabsa tu apa ?

salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)


EmoticonEmoticon