Saturday, 10 January 2015


Bahan bahan:

  • Udang
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 paket rempah kari udang
  • 1 pelepah daun kari
  • 4 batang cili padi
  • Garam
  • Gula


Cara cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. Masukkan pula cili padi yang dipotong kecil. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau dengan cepat supaya rempah tidak hangus. Setelah berbau wangi, masukkan sedikit air.
  2. Masukkan daun kari dan terus dikacau sehingga rempah terbit minyak. Setelah itu, baru masukkan santan. Apabila santan mendidih, baru dimasukkan udang dan masak sehingga udang masak.
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon