Sunday, 26 April 2015


Bahan-bahan:

  • 1 kg udang galah(sederhana besar)
  • 50 gram serbuk kunyit
  • 100 gram bawang merah
  • 30 gram bawang putih (dikisar)
  • 50 gram buah keras (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 30 gram halia (dikisar)
  • 20 gram lengkuas (dikisar)
  • 20 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 10 gram cili giling
  • 2 biji santan pekat
  • 50 ml air asam jawa
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak secukupnya


Cara-cara:

  1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
  3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Maharaja Lawak Minggu 4
Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon