Friday, 4 December 2015



BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi 
  • 5 cawan air
  •  1 biji jagung segar - ambil biji jagung saja 
  • 1 cawan susu cair
  •  2 helai daun pandan - disimpul & ikat 
  • 20 biji gajus - dikisar
  •  4 sudu besar mentega
  •  1 sudu besar minyak sayur 
  • Garam secukup rasa

 BAHAN TUMISAN DIKISAR :

  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 


CARA MEMASAK :


  •  Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu .


  • Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . 
  • Panaskan semua mentega dengan minyak dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . 
  • Terus masukkan air dengan jagung , daun pandan dan biarkan sampai air mendidih .
  •  Kemudian masukkan semua beras , gajus yang dikisar , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . [egtukar]
  • Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . 
  • Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini 

  • EmoticonEmoticon