Monday, 3 October 2016

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016. Menerusi makluman yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum Sejarah kertas 3 SPM 2016 telah diumumkan. Calon hendaklah membuat kajian terperinci tentang tajuk Tema Umum yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini penting sebagai persediaan awal calon SPM 2016. Bak kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan". sila rujuk jadual peperiksaan SPM 2016 disini

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2016

Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Berikut dikongsikan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2016 buat panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.

" Dasar luar negara tidak statik secara asasnya. pembentukannya ialah proses yang dinamik. oleh itu, dasar luar negara kita berkembang dwngan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah". 


Peringatan mesra untuk calon spm 2016. Calon bolehlah membuat persediaan awal dengan membuat perbincangan bersama rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan.  Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan sebagainya. Calon boleh berbincang dengan guru untuk mendapat bimbingan dan panduan selepas mengumpul maklumat bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang soalan di atas.
" sepakat membawa berkat" 

Sebagai info tambahan Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM mengikut tahun.

  1. Tahun 2016 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
  2. 2015 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua 
  3. 2014 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. 

"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
"sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


Semoga maju jaya... aamiiiin.




2 comments

teringat pula cikgu sejarah dulu yg garang.. kalau tak hafal, naya kena marah...


EmoticonEmoticon