Wednesday, 21 December 2016

Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 1 sesi 2017
Semakan Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 1 Sesi 2017. Para pemohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2017, kini boleh membuat semakan status keputusan permohonan secara online.
Untuk makluman semua, tarikh sebenar (rasmi) keputusan itu akan diumumkan di Portal Rasmi KPM. Semakan Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 1 bermula pada 14/12/2016 hingga 05/01/2017 sepertimana yang diumumkan dalam portal rasmi KPM.  Portal Rasmi KPM

Semakan Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 1 Sesi 2017

Untuk membuat semakan Status permohonan SBP sesi 2017, sila klik link di bawah :

Melalui link di atas, calon yang berjaya boleh la membuat cetakan Tawaran ke SBP manakala calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan melalui sistem aplikasi erayuan. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.
Cetakan dan Rayuan permohonan SBP

1. Calon Berjaya (Cetakan Tawaran)
Surat tawaran perlu dicetak termasuk lampiran yang disertakan Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran Sekiranya maklumat tidak lengkap / tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan / menolak pendaftaran tersebut. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan 

2. Calon Gagal (Permohonan E-Rayuan) 
Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama dan permohonan e- Rayuan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan yang sama. Bagi calon yang terlepas atau tidak membuat permohonan SBP 2017 pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini boleh membuat permohonan melalui sistem aplikasi e-Rayuan. Bagaimanapun tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama dan keputusan ditentukan pada ambilan kedua berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran calon ambilan pertama.

Diharap maklumat di atas dapat membantu dan semoga berjaya dalam Semakan Keputusan Permohonan SBP Tingkatan 1 sesi 2017.


EmoticonEmoticon