Gaji Pekerja WAJIB Dibayar Walaupun Premis Ditutup Sepanjang Tempoh PKP – Peguam Sumber Manusia
PKP DILAKSANAKAN BERLANDASKAN 3 AKTA
Perintah Kawalan Pergerakan adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan merupakan pelepasan cuti, ia satu kaedah mengawal pergerakan pekerja sahaja.
Jadi pekerja perlu dibayar gaji seperti biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar. Manakala bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh Perintah Kawalan pergerakan.
BEKERJA DARI RUMAH
Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelru dipatuhi, misalnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji serta tidak boleh dipotong.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman berkata, hanya sektor kritikal sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Anda boleh rujuk Premis Kerajaan & Swasta Di Tutup, Siapa Yang Cuti Dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ 14 Hari Nanti?
Sektor itu merangkumi air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Post a comment
0 Comments