Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tidak Akan Dilanjutkan Dan Akan Digantikan Dengan PKPB Bermula 5 Februari 2021


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi impak kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata usaha membendung pandemik Covid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua digit.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurat Covid-19 secara dalam talian, Ketua Pengarah Kesihatan itu yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilakasanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi dapat diturunkan. 

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meruncing ini.

"Jadi jikalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit."

"Jadi kita jangkakan 4 minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi, katanya."


Post a comment

1 Comments