Anda Diminta Jangan Panik! Penerangan Berkenaan Dengan Posting Yang Viral Di Facebook

 

Baru-baru ini, seorang individu yang telah tular postingnya melalui media sosial Facebook yang menyatakan jika anda tekan status daripada Whatsapp, akaun bank dan data peribadi anda mungkin boleh diambil adalah PALSU!

Status daripada whatsapp yang tidak pernah muncul sebelum ini, tetapi pada 29 Januari 2021, satu posting 'status story' daripada whatsapp telah membuat ramai orang ragu-ragu serta gelabah kerana jika status itu ditekan, data dan akaun bank anda akan diambil. Itu adalah tidak benar sama sekali.

Whatsapp juga ada menyatakan story yang muncul di status pengguna whatsapp merupakan kemaskini daripada aplikasi tersebut. Anda tidak percaya? Baca infografik yang dikongsikan di bawah:


Kredit: Ilham Media


Status whatsapp yang muncul itu adalah rasmi daripada Developer Rasmi Whatsapp. Tujuan status Whatsapp itu dibuat adalah untuk memberitahu pengguna Whatsapp yang aplikasi ini telah membuat beberapa penambahbaikan dimana pembaikan itu adalah Whatsapp akan lebih melindungi privasi anda.

BERHATI-HATI DENGAN TIPU HELAH ANGGOTA SINDIKET (SCAMMER)

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun Whatsapp anda dengan menyamar sebagai ahli keluarga anda. 

Taktik itu menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya meyerahkan kod pengesahan 6 digit yang diterima oleh pihak Whastapp.

Oleh itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak sama sekali memberikan kod pengesahan 6 digit Whastapp kepada mana-mana pihak.

Sumber: Berita TV3










Post a Comment

0 Comments