Skim Pembiayaan Perniagaan RM50,000 Bagi Golongan OKU

 

Tahukah anda? Banyak perusahaan yang diusahakan oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kini telah mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Golongan ini bukan sahaja diuji dengan hebat dalam kehidupan mereka justeru mereka juga mempunyai semangat yang kuat.

Join Telegram Rasmi Info Semakan & Permohonan: t.me/epermohonan

SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memperkenalkan satu skim pembiayaan. Skim ini dikhususkan kepada OKU semua jenis ketidakupayaan kecuali ketidakupayaan mental sahaja.


KRTERIA KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia (Bumiputera)
  2. Khusus kepada semua golongan OKU (kecuali ketidakupayaan mental)
  3. Berumur 18 hingga 60 tahun
  4. Mempunyai permit/ lesen atau surat kebenaran dari pihak berkenaan untuk operasi perniagaan
  5. Berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan
  6. Bebas dari senarai hitam MARA
  7. Perniagaan yang patuh pada syariah
  8. Menunjukkan kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh JKM
  9. Perniagaan beroperasi sepenuh masa
  10. Jika masih belum beroperasi, tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan untuk permohonan
CAGARAN TANAH/JAMINAN
  • Skim ini tidak memerluka sebarang cagaran atau jaminan.
  • Nilai had pembiayaan yang ditetapkan adalah Rm50,000.00 dengan kadar keuntungan 0%, mengamalkan konsep Qardhul Hassan.
  • Tempoh pembiayaan adalah se;ama 15 tahun atau 180 bulan. (Tertakluk kepada jumlah pembiayaan)
INFO LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh ke portal rasmi MARA (klik DISINI)

Post a comment

0 Comments