Sijil PMR , SPM Dimakan Anai Anai ? Hilang ? ~ Disini Ada Cara Untuk Memohon Sijil-Sijil Itu Secara Atas Talian
Belakangan ini , apabila membuat permohonan pekerjaan dan menjalani temuduga pasti pihak majikan tentunya akan meminta sijil peperiksaan awam . Bukan itu sahaja , jika ingin melanjutkan pelajaran ke University dan kolej pun memerlukan sijil ini . Jadi sijil ini memang amat penting bagi sesetengah urusan .
Walaubagaimanapun , mungkin ada di antara yang telah kehilangan sijil-sijil penting ini disebabkan daripada , rosak , dimakan anai anai , hilang ketika banjir mahupun pindah rumah dan sebagainya . Kini , sijil-sijil itu boleh didapatkan semula dengan melakukan permohonan salinan sijil keputusan peperiksaan secara atas talian.
Dengan bayaran serendah RM30 diperlukan untuk proses permohonan sijil tersebut . Tambahan RM10 dikenakan bagi penghantaran sijil melalui Pos Laju.
Berikut merupakan beberapa langkah mudah yang anda perlu lakukan untuk permohonan sijil yang anda inginkan .
CARA MEMOHON SALINAN SIJIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
1. Pertama sekali , buka Laman Web e-Lembaga Peperiksaan atau anda boleh muat turun aplikasi di Google Play. Anda disarankan untuk menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan bagi melancarkan proses permohonan .








Post a comment
0 Comments