Permohonan Geran Kewangan MITRA 2021~Program Masyarakat India

 

Unit Transformasi Masyrakat India Malaysia ( MITRA) dengan usaha Kementerian Perpaduan Negara mengalu-aluan semua Syarikat , yayasan dan NGO berdaftar untuk memohln Geran Kewangan MITRA 2021 .

Geran ini diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang masih terbelenggu dengan beberapa cabaran lain antaranya tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan , ketidakstabilan keluarga dan lain lain lagi . 

Selain itu , antara masaalah utama yang sering menjadi kepayahan masyrakat india di dalam negara ini terutamanya mereka yang tergolon dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40 .

Melalui geran yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan MITRA ini , NGO dan syarikat berdaftar akan mendapat bantuan kewangan bagi melaksanakan program program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat india.

Geran Kewangan Mitra ini dibuka dan boleh dipohon Bermula 31 Januari 2021 hingga 12 Mac 2021.

SYARAT KELAYAKAN

Antara Syarat-syarat kelayakan bagi pihak yang ingin memohon Geran Kewangan Mitra adalah seperti berikut :
  • Ahli Jawatankuasa pelaksana program mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri yang mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah tidak dibenarkan.
  • NGO tersebut Diperbadankan di bawah ROS/ROC.
  • Skop program haruslah berbentuk pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup atau penyediaan peluang mobiliti sosial.
  • Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana daripada MITRA sebelum ini, pencapaian prestasi NGO/entiti tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.
  • Program yang dicadangkan haruslah berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat India B40

  • Selain itu , beberapa syarat pilihan lain yang telah ditetapkan iaitu :

  • Organisasi tersebut mestilah berkebolehan dan berkeupayaan dalam melaksanakan program yang berkesan dengan mengurangkan masalah-masalah sosial di kalangan kumpulan sasaran.
  • Organisasi tersebut mestilah mampu memberikan komitmen yang sepenuhnya supaya program dapat memberikan impak yang positif.
  • Organisasi tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan di setiap peringkat untuk menjamin pelaksanaan program yang berkesan.
  • Organisasi tersebut mestilah mempunyai maklumat terperinci mengenai kumpulan sasaran (isi rumah B40) yang terkandung di dalam skop program mereka serta mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap keperluan mereka.
  • Organisasi tersebut mestilah dapat menghebahkan maklumat program kepada kumpulan sasaran, iaitu masyarakat B40 India melalui jerayawara (roadshow), media cetak, radio, televisyen dan media sosial.
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO berkaitan (contohnya KPWKM, KBS, KPM) untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan khususnya kepada golongan belia, ibu tunggal, warga emas, gelandangan dan golongan kurang upaya berdasarkan kepada isu-isu sosial yang asas di kalangan masyarakat B40 India.
  • Organisasi tersebut mestilah dapat melaksanakan program atau projek yang komprehensif di peringkat nasional, negeri atau tempatan.
  • Organisasi tersebut mestilah berpengalaman dalam melaksanakan program pembangunan sosial dan mestilah mempunyai reputasi serta keupayaan yang mantap dalam memahami isu-isu di kalangan kumpulan sasaran.
JENIS PROGRAM DILAKSANAKAN

Antara beberapa Program yang boleh dilasakan oleh NGO , yayasan dan syarikat yang berdaftar melalui Geran Kewangan MITRA ini seperti :
  • Program perumahan untuk masyarakat B40 India di Malaysia.
  • Program agar masyarakat India dapat mempelajari ilmu pengetahuan keagamaan, adat, kebudayaan dan seni masyarakat India termasuk sukan tradisional.
  • Program pemeriksaan kesihatan dan kempen kesedaran kesihatan.
  • Program pemerkasaan wanita khususnya ibu tunggal.
  • Program kesedaran dan motivasi untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan seperti dadah, alkohol dan tembakau.
  • Program sokongan kepada warga emas, golongan kurang upaya dan gelandangan dalam mendapatkan bantuan kebajikan.
  • Program khidmat masyarakat yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga secara holistik seperti fizikal, emosi, kerohanian dan intelektual.
  • Program pemantapan belia untuk remaja berisiko tinggi dan keciciran.
OUTPUT PROGRAM

Harapan daripada program program yang dilaksanakan mampu menghasilkan beberapa output seperti:

  • Meningkatkan penghayatan Individu terhadap kepentingan identiti diri, budaya dan agama.
  • Mengurangkan kes kemurungan dan bunuh diri.
  • Mengurangkan kadar jenayah di kalangan masyarakat India, terutamanya dalam aspek penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan alkoholisme.
  • Mengurangkan bilangan kes penderaan, keganasan rumah tangga dan penceraian di kalangan masyarakat India.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat India B40.
  • Mengurangkan bilangan kes keciciran sekolahdi kalangan pelajar India B40.
  • Meningkatkan kadar pendaftaran perkahwinan dan dokumentasi yang sah.
  • Meningkatkan taraf hidup masyarakat India yang tergolong daripada B40.
  • Meningkatkan kualiti hidup keluarga, wanita tunggal dan orang kurang upaya di kalangan masyarakat India B40.
  • Mengurangkan bilangan gelandangan di kalangan masyarakat India.
  • Meningkatkan bilangan warga emas yang menerima perlindungan dan menjalani kehidupan yang sihat.
  • Meningkatkan usaha kerjasama antara kerajaan, badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan program serta pengoptimuman inisiatif sedia ada mahupun yang baru dalam pembangunan keluarga dan masyarakat India.
  • Melahirkan golongan belia yang berbudi pekerti, berkaliber dan mampu menjadi agen transformasi di peringkat komuniti
  • Meningkatkan keupayaan masyarakat India dalam aspek daya fikir, nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan dan kerohanian yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian.



CARA MEMOHON
  1. Layari layari laman web MITRA iaitu https://mitra.gov.my/.
  2. Pergi ke bahagian ‘Sistem Pengurusan Geran MITRA’ dan klik ‘MGMS Login.’
  3. Kemudian klik pautan ‘Daftar Akaun M-GMS.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun.’
  5. Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
  6. Setelah login, klik butang ‘Permohonan Baru.’
  7. Tandakan pada bahagian setuju syarat dan klik butang ‘Simpan & Sambung.’
  8. Isi maklumat-maklumat berikut: Maklumat organisasi, Maklumat ahli jawatankuasa, Cadangan program, Maklumat tenaga pengajar, Lokasi peserta program, Jadual program, Implikasi kewangan, Dokumen sokongan.
  9. Kemudian, sila sahkan permohonan dan klik butang ‘Hantar'.
PERTANYAAN LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2021, sila hubungi pihak MITRA di talian 03-8091 8198 atau melalui email ke infomitra@perpaduan.gov.my.

Post a comment

0 Comments