Langkah-langkah Untuk Memohon Tablet Percuma Etuisyen ~ Bagi Pelajar Golongan B40

 

Pelbagai bantuan telah diperuntukan unuk kemudahan dan keselesaan pelajar PdPR dirumah dalam tempok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini , tetapi masih ada lagi pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan tercicir untuk mendapatkan bantuan dari segi wang ringgit atau kemudahan gadget utuk pembelajaran . 

Anda pernah dengar tentang Etuisyen ? Etuisyen adalah antara platform PERCUMA untuk menghubumgkan semua orang tanpa mengira usia dengan berkongsi maklumat terkini dan pengetahuan tanpa had .

Jadi, pemberian tablet percuma Etuisyen merupakan salah satu inisiatif dalam usaha membantu rakyat Malaysia untuk belajar secara ondusif sepanjang PKP dilaksanakan .

Terdapat dua platform yang ditawarkan oleh Etuisyen iaitu , Hab pembelajaran percuma dan juga kelas secara online .


Antara laman sosial Etuisyen yang anda boleh akses ialah : 

1. Instagram 

2.  Facebook

3. Youtube

4. Twitter


Tempoh permohonan inisiatif tablet percuma Etuisyen ialah:

  • 28 Januari 2021 hingga 28 Februari 2021

Syarat permohonan tablet percuma Etuisyen :

1. Warganegara Malaysia.
2. Murid Darjah 1 hingga Tingkatan 5 (atau yang setaraf dengannya).
3. Masih bersekolah di mana-mana sekolah (kecuali sekolah antarabangsa).
4. Pendapatan keluarga seisi rumah adalah B40 & ke bawah serta penerima Bantuan Prihatin National (BPN).
5. Anak yatim / penerima zakat / golongan asnaf (diutamakan).
6. Tidak mempunyai sebarang laptop/tablet.
7. Tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

Cara memohonan tablet percuma Etuisyen :

1. Layari https://account.etuisyen.my/etuisyenbantu/
2. Klik CREATE AN ACCOUNT .


3. Isi maklumat yang diminta , JANGAN LUPA klik DECLERATION dan klik CREATE ACCOUNT. 



4. Setelah anda Create Account , anda akan dibawa ke paparan dibawah . Tekan butang jalur tiga diatas sebelah kiri dan Pilih #eTuisyenBantu , dan anda dikehendaki mengisi borang tersebut selengkapnya . 






Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan mengenai tablet percuma Etuisyen sila hubungi :

Emel: etuisyenmy@gmail.com



Post a comment

0 Comments