Semakan Pakej Bantuan One-Off RM500 Pulau Pinang ~ Kepada Penjaja / Peniaga .

Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang
Untuk makluman , Pada 21 Januari 2021 yang lalu Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM20 Juta.Peniaga / Penjaja Yang Layak Memohon
- Penjaja atau penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT.
- Perniagaan salun rambut atau gunting rambut yang berlesen dengan PBT.
- Penjaja atau penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot) yang berlesen dengan PBT.
- Peniaga dan penjaja yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Perkhidmatan salun kecantikan dan spa yang berlesen dengan PBT.
- Peniaga atas talian yang berdaftar dan mempunyai permit dengan PBT.
- Perkhidmatan pusat refleksologi yang berlesen dengan PBT.
Cara Semakan
Penjaja atau Peniaga perlu membuat semakan berdasakan PBT yang terlibat untuk semakan dan kemaskini .Cara semakan melalui Majlis Bandararaya Seberang Perai adalah seperti berikut:
- Layari laman web http://bantuanrm500-covid.mbsp.gov.my/list.html.
- Isi no kad pengenalan dan no. rujukan lesen.
- Klik butang ‘Hantar.’
- Maklumat penjaja atau peniaga tersebut dipaparkan.
- Jika maklumat tersebut betul, klik butang ‘Sahkan.’
- Masukkan maklumat-maklumat berikut , Nama bank , No. akaun bank , No. telefon , Email Dan Klik butang ‘Hantar.’
Langkah-langkah membuat semakan melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang pula adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://elesen.mbpp.gov.my/mppplic/query/info_query.jsp.
- Isi no kad pengenalan dan no lesen.
- Klik ikon ‘Carian.’
- Maklumat kelayakan akan dipaparkan.
- Jika penjaja atau peniaga tersebut layak, kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut , boleh hubungi nombor dan layari laman web yang telah tertera dibawah .- Majlis Perbandaran Pulau Pinang di talian 04-263 7000/7637
atau menghantar whatsapp ke 016-200 4082.
- Majlis Perbandaran Seberang, anda boleh menghubungi di talian 04-549 7685.
- Laman web Majlis Perbandaran Pulau Pinang http://www.mbpp.gov.my/
- Laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai https://www.mbsp.gov.my/.
Post a comment
0 Comments