3,600 Peranti Pintar Untuk Orang Orang Negeri Sembilan! ~ Dalam Program Inisiatif Peranti Kerjaan Negeri Sembilan~ Tarikh Tutup Permohonan 28 Februari 2021~.


Bagi Pelajar-pelajar di Negeri Sembilan dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti bagi tujuan kelas secara atas talian di rumah (PdPR) , Pihak Kerajaan Negeri Sembilan dengan sukacitanya telah memperkenalkan bantuan bagi membantu para pelajar yang kurang bernasib baik untuk memiliki peranti sendiri melalui Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan. 

Datuk Seri Aminuddin Harun iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengumumkan pelaksanaan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan ini pada 3 Februari 2021 yang mana matlamat utama pelaksaan inisiatif ini adalah bagi membantu pelajar dan ibu bapa dalam memastikan setiap anak dapat mengikuti PdPR dengan sempurna dan cemerlang.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak menjejaskan sektor sektor awam terutamanya sektor pendidikan . Sekolah Dan Universiti di seluruh Malaysia terkpasa ditutup dan sesi pembelajaran secara Hibrid ataupun PdPR terpaksa dilakukan .

Dengan itu , sekaligus memberikan sedikit bebanan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menyediakan kelengkapan peranti unutk membolehkan anak anak dapat menjalankan PdPR.

Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan telah dibuka bermula 15 Februari 2021 dan permohonan secara 'Walk In' di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri(DUN) yang berhampiran. 

JUMLAH BANTUAN PERANTI

Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan ini akan melibatkan pemberian sebanyak 3,600 buah peranti bagi keluarga yang layak . Keutamaan bagi pelajar dalam keluarga yang kurang berkemampuan atau dalam golongan B40 di Seluruh Negeri Sembilan.


CARA MEMOHON  PERANTI
Langkah-Langah untuk membuat permohonan :
  1. Klik link berikut InisiatifPerantiKerajaanNS
  2. Muat turun Borang Permohonan dan Borang Pengesahan Pendatapan (jika diperlukan).
  3. Isi Borang Permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang ditetapkan.
  5. Hantar Borang Permohonan dan dokumen sokongan di Pusat Khidmat DUN mengikut tempat tinggal pemohon.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN 
Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama dengan borang permohonan :
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  2. Salinan penyata gaji atau perakuan pendapatan ibu bapa (jika bekerja sendiri).
  3. Salinan kad pelajar (pelajar IPT sahaja).
ALAMAT PUSAT KHIDMAT DUN
Pemohon Boleh Merujuk Alamat dibawah bagi penghantaran Borang Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan. 








 

Post a Comment

0 Comments