Pelancaran Jersi Selangor FC Ala Ala Retro ~ Adakah Red Giant Dapat Merebut Kembali Kejuaraan Liga Daripada The Southern Tigers ?!

Kelab bola sepak Selangor FC yang lebih dikenali dengan nama The Red Giant hari ini telah melancarkan jersi utama Selangor bagi musim 2021 yang berkonsepkan 'Retro' . Jersi ini diinspirasikan daripada Lagenda bola sepak tanah air dan juga merupakan pemain selangor yang telah menyertai Selangor dari awal tahun 1972 - 1987 iaitu Allayarham Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai ' Supermokh ' . Beliau telah berjaya menjaringkan 85 goal dalam 138 Perlawanan Antarabangsa .

Dalam kenyataan hari ini Selangor FC telah memaklumkan jersi tu diilhamkan daripada jersi yang disarung pasukan Gergasi Merah Kuning itu pada kejuaran Piala Malaysia ke-27 pada tahun 1986 yang menekankan elemen 'Legasi Mokhtar Dahari' . Pada perlawanan akhir tersebut Allahyarham merupakan tonggak utama pasukan .

Jersi terbaru Selangor itu menerapkan warna keramat iaitu merah , kuning dan hijau yang mengekalkan  elemen penting pada tahun 1986 .  Warna itu diambil daripada bendera Raja Muda Selangor sebagai satu penghormatan Kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan antara penyokong nombor satu pasukan ketika itu .


Lambang Selangor FC

Menurut kenyataan itu , '' Kedudukan lambang Selangor FC diletakkan pada bahagian dada kanan seperti jersi asal bagi mengetengahkan elemen retro jersi utama musim. 

" Walaupun konsep dan tema jersi itu berlandaskan unsur retro , elemen moden juga diterapkan untuk menghasilkan satu jersi yang bersesuaian dengan rekaan kontemporari mengikut peredaran zaman . Lambang Istimewa  ' SuperMokh ' turut diabadikan di belakang jersi utama selangor musim ini bagi memperingati dan sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham .


Lambang Istimewa ' Supermokh '

Selain itu , " antara perbezaan yang ketara pada jersi Selangor Fc pada musim ini adalah hiasan motif kelopak bunga tanjung di bahagian warna kuning jersi . Bunga tanjung melambangkan bunga rasmi negeri Selangor . " menurut kenyataan itu . 

Jersi edisi musim ini juga mempunyai bendera quarterfly merah kuning pada dada dan riben bertulisan ‘85 Years Creating A Legacy’ yang disematkan pada bahagian belakang kolar, sempena sambutan 85 tahun penubuhan pasukan Selangor FC.

" Selangor FC berharap jersi utama musim 2021 dapat membawa aura kejuaraan serta meniup semangat perjuangan pada semua yang bertangungjawab dalam memburu misi kejuaraan tahun ini kerana telah bertemakan legasi Allahyarham Mokhtar Dahari dan pasukan Selangor 1986 . Pada musim ini juga Pihak pengurusan Selangor Fc membuat kelainan dengan memilih warna kuning sebagai warna jersi ' home ' setelah sekian lama tidak digunakannya. "   berdasarkan kenyataan tersebut .

Penyokong Selangor yang berdaftar sebagai pemegang Red Giant Team Card 2021 akan menerima diskaun sebanyak 10% untuk setiap pembelian jersi pada tahun ini .

Untuk mendapatkan jersi retro yang simbolik dan penuh bersejarah itu kini boleh didapatkan di Selangorfc.com dengan harga RM109 untuk edisi pemain .

KLIK DISINI UNTUK MEMBELI JERSI ' HOME ' SELANGOR 2021




 






 

Post a comment

0 Comments