Kerajaan Perlukan 12 Juta Picagari 'Low Death-Volume' ~ Untuk Fasa pertama vaksinasi .



Melaka - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kira kira memerlukan 12 juta picagari jenis ' Low Dead-Volume' (LDV) bagi melaksanakan suntikan terhadap enam juta atau 20 peratus penerima fasa 
pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang akan dilaksanakan pada 26 Februari ini.

Datuk Seri Dr.Adham Baba yang merupakan Menteri Kesihatan berkata , jenis picagari itu amat diperluan kerana vaksin perlu disuntik dalam dos tertentu kepada setiap individu bagi memastikan keberkesannya . Setiap individu perlu disuntik sebanyak dua kali mengikut dos yang telah ditetapkan , Jadi bagi 6 juta pertama dikalikan dengan 2 kali suntikan setiap seorang , Kerajaan kira kira memelrlukan 12 juta picagari jenis itu .
" Suntikan vaksin dibawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan tersebut akan diutamakan kepada 20% rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan barisan hadapan (frontliner) " katanya.



Katanya , Keperluan terhadap picagari ini amat penting bagi memastikan tiada sebarang pembaziran kerasa ada sejumlah dos yang perlu kita gunakan . Picagari ' Low Dead-Volume' padam amnya antara picagari sifar pembaziran, sekali gus memastikan penerima suntikan menerima keseluruhan dos vaksin yang diperlukannya .

Mengulas lanjut , Dr Ahdam berkata bekalan picagari itu dijangka diterima dan ditambah dari masa ke semasa sebelum program vaksinasi COVID-19 bermula . Katanya kepada pemberita selepas meninjau saringan COVID-19 di sebuah ladang penternakan ayam di Serkam di sini .

Dr. Adham mengulas perkembangan lain , KKM sedang membuat saringan terhadap 1,871 pekerja di ladang itu yang membabitkan 1,428 warga asing dan 443 rakyat tempatan . Beliau berkata ladang penternakan yang berkeluasan 21 hektar itu akan ditutup buat sementara waktu agar pihak berkuasa dapat mengawal Kluster Industri Serkam yang dikesan awal bulan Februari .

Untuk rekod , Malaysia dijangka menerima vaksin tersebut seminggu lebih awal . Kerajaan juga sedang menyediakan lokasi penyimpanan vaksin dengan sempurna dengan memastikan kawasan berkenaan perlu dilengkapi dengan ruangan penyimpanan penyejuk beku suhu rendah (ULTF) .

Tiada gangguan bekalan eletrik telah dipastikan oleh Kerjasama Kerajaan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) . Ini kerana untuk memastikan tiada berlaku kerencatan kualiti vaksin yang perlu sisimpan dalam keadaan suhu di bawah 70 darjah celsius .

-Bernama





Post a comment

0 Comments