Sila Patuhi SOP Agar Sektor Sukan Dapat Dibuka Secara Berfasa - Datuk Seri Reezal Merican .

 


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Berharap penggiat sektor sukan dan rekriasi tanah air supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan agar lebih banyak kelonggaran dapat diperoleh untuk sektok sukan selepas ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina iaitu Menteri Belia Dan Sukan berkata kepatuhan SOP sangat penting untuk meyakinkan kerajaan terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi kebenaran bagi membuka sektor sukan secara berfasa.

Beliau turut menegaskan bahawa situasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali dilaksanakan tahun lepas dan PKP 2.0 sekarang, tidak sama apabila kes harian COVID-19 meningkat daripada angka ratusan ke ribuan, dan telah menular pesat ke dalam komuniti.

Katanya '' Saya meminta penggiat sukan agar kita mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan bahawa komuniti sukan adalah komuniti yang ada pematuhan tinggi dapat menjadi contoh kepada amalan yang kita sering tekankan iaitu 'kita jaga kita'.

'' Memang ia merupakan satu kerja yang rumit , tapi dalam suasana kita mahu membina keseimbangan antara meneruskan kehidupan dan memutuskan rantaian wabak penyakit ini, kita perlu lakukan perkara-perkara ini,'' katanya ketika ditemui Bernama di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, tempoh hari. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) mengumumkan bahawa kerajaan memberi arahan kebenaran kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) , Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) untuk memulakan latihan menerusi konsep gelembung sukan bermula hari ini.

Dua hari kemudian , beliau juga memberikan kebenaran kepada aktiviti jogging, 'brisk walking' , golf, gimnasium, berbasikal dan ping pong melibatkan acara perseorangan sahaja serta permotoran (dua dan empat roda)  . Aktiviti lain dibernarkan ialah aktiviti kemahiran kendriri sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang melibatkan tanpa sentuhan fizikal. 



Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata pihaknya terpaksa mengambil jalan tengah untuk memberikan kebenaran kepada fasiliti sukan seperti gelanggang badminton, padang bola dan gelanggang futsal beroperasi dengan SOP yang ketat demi kelangsungan hidup pihak yang terlibat dalam industri ini. 

Katanya lagi, Aktiviti dibenarkan dalam bentuk latihan kemahiran kendiri bermaksud tiada aktiviti bersentuhan. Contohnya , kita sudah menentukan tidak melebihi 30% kapasiti asal, maka boleh buat self training dari segi skil , tapi tidak boleh menyebabkan sentuhan kerana sentuhan salah satu daripada pelanggaran SOP. 

'' Kita Bersimpati pada operator fasiliti sukan kerana jika padang padang dan gelangang gelangang ditutup, langsung tiada sesiapa yang nak pergi main , sekali gus menjejaskan pendapatan operator , pekerja dan ada kesan limpahan yang lain . Sementara kita dapat vaksin dan boleh kembali kepada keadaan biasa , kita guna jalan tengah dahulu dan sama sama kita patuh kepada SOP,'' Katanya. 

Beliau juga menegaskan  , beliau sendiri akan turun padang untuk memantau pematuhan kepada SOP tersebut adakah dilaksanakan ataupun tidak, selaian pewujudan Rakan Muda - Sports Bubble Volunteers (SBV) turut diyakini dapat membantu pelaksanaan SOP tersebut. 

-- BERNAMA




Post a Comment

0 Comments