Langkah-Langkah Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) ~ Bayaran Bulanan Rendah ~ Mohon Segera !

Antara Objektif pertama program ini adalah untuk meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan juga keluarga  kurang berkemampuan yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai tanah bagi membina rumah sendiri yang lebih sempurna dan selesa .

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 

1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon Mestilah berusia 18 tahun dan keatas.
3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/tinggal di rumah usang
4. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
5. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (mengikut reka bentuk)
6. Tanah bersesuaian dan bebas dari gadaian ke atasnya. Jika anda bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah.
7. Bagi pemohon dari Sabah,Sarawak dan kawasan pulau, jika pemohon pertama 38 tahun maka pemohon kedua haruslah berumur antara 18-38 tahun
8. Bagi pemohon dari Semenanjung, jika pemohon pertama berumur 42 tahun ke atas, pemohon kedua haruslah berumur 18-42 tahun.

Klik DISINI untuk melihat kaedah permohonan secara grafik .

Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Memohon

1. Anda perlu menyediakan jalan masuk ke tapak & memastikan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
2.Anda perlu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
3. Anda perlu membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan.
4. Anda perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.


Cara Untuk Mendaftar Rumah Mesra Rakyat

1.Pergi ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
2. Klik pada salah satu pautan "Pendaftaran Baru"
3. Isikan Borang Pendaftaran Login dibawah dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR1M ini.
4. Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia nanti.
5. Akhir sekali, klik butang "Daftar" untuk menghantar pendaftaran login
6. Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda.
7. Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR1M.
8. Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan.
9. Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi Surat Aku Janji Pemohon, Surat Akaun Pelepasan Tuan Tanah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar.
10. Lengkapkan semua borang di atas dan imbas salinan ke bentuk (jpg,bmp dan lain-lain)

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 

1. Masuk semula ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
2. Untuk log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebagai ID Pengguna.
3. Gunakan pula kata laluan yang telah diemailkan(ks) kepada anda semasa pendaftaran login.
4. Dah login anda boleh terus mengisi borang permohonan rumah mesra rakyat secara online.
5. Untuk panduan pengguna lebih lanjut, boleh rujuk disini : https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf

Salinan Dokumen Yang Diperlukan 
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama.
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan(disahkan oleh ketua kampung, penghulu).
  • Surat akaun sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang. (disahkan oleh ketua kampung atau penghulu)
  • Surat akaun sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang. (disahkan oleh ketua kampung atau penghulu)
  • Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon (jika berkahwin)
  • Borang laporan tapak bergambar.
Harga / Sewa Bulanan Rumah Mesra Rakyat Mengikut Negeri dan Kawasan 


Pelan Rumah Mesra Rakyat

REKA BENTUK 850KPS ( PULAU )

REKA BENTUK 750 KPS (SABAH/SARAWAK)



REKA BENTUK 1,000 KPS (SEMENANJUNG MALAYSIA)


Post a Comment

0 Comments