Safiq Rahim Kembali Memperkuat Barisan Hadapan Pasukan Johor Darul Ta'zim ~ Welcome Back SR8!

JOHOR BAHRU: Selepas  Mohamadou Sumareh dan Jonathan Herrera , Gergasi bola sepak dari selatan tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan bekas penyerang tengahnya , Safiq Rahim kini kembali menyarung jersey skuad Harimau Selatan .

Menerusi video ringkas yang dipaparan di semua platform media sosial kelab itu, ia memaparkan antara pemain pasukkan JDT iaitu Matthew Davies , Aidil Zafuan Abd Radzak dan juga kemunculan khas Safiq Rahim .

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab JDT turut mengucapkan selamat kembali kepada Safiq Rahim dalam satu komen beliau pada akaun Instagram rasmi  kelab , officialjohor , tempoh hari.

Tunku Ismail Menulis ''Selamat pulang SR8 (Safiq). 8 untuk misi (ke) 8,'' yang dipercayai berkaitan misi JDT merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kelapan musim ini.

Bekas kapten Harimau Malaya itu terkenal dengan jersi 'nombor 8' sepanjang bersama JDT dari tahun 2013 hingga 2018 sebelum pindah ke Melaka United . Safiq telah mencipta bebrapa kejayaan bersama JDT termasuk muncul juara Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC pada tahun 2015. 

Berikut adalah senarai lengkap pemain JDT bagi musim 2021 .


-BHonline




Post a comment

0 Comments