Pengeluaran i-Sinar Akaun 1 Dimudahkan ~ KWSP Akan Mansuhkan Syarat-Syarat Pengeluaran

Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar . Menurut sumber , Kementerian Kewangan Malaysia dijangka memberi pengumuman mengenai pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada isnin depan .

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata , pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam . Mereka berusaha untuk memansuhkan syarat pengeluaran wang i-Sinar bagi menghalang ramai pihak untuk mengeluarkan duit sendiri .


i-Sinar Tanpa Syarat 

Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat ringkas mengenai pemansuhan syarat ini 

> Bagi yang telah memohon , pemohonan anda akan LULUS secara automatik. 

> Ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun ke bawah dibolehkan untuk mengeluarkan dari simpanan akaun 1 bergantung kepad baki yang sedia ada.

Jumlah Pengeluaran & Jadual i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga ada memaklumkan, jumlah pengeluaran akaun 1 & pembayaran 6 bulan akan kekal iaitu

>Ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 ke bawah boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

> Ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM100,000 boleh buat pengeluaran sehingga 10% daripada akaun mereka.

PEMBAYARAN AKAN DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT SELAMA 6 BULAN 

Info Lanjut

Sila baca hebahan penuh dibawah 








 

Post a comment

0 Comments