Kelulusan Secara Automatik Bantuan One Off RM500 Pemandu Teksi, E-Hailing Dan Bas

 

Untuk makluman pembaca semua, pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah serta e-hailing yang layak menerima Bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

PROSES PEMBAYARAN BANTUAN ONE-OFF RM500 DIPERCEPATKAN

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berkata, keputusan itu bagi mempercepatkan proses pembayaran bantuan one-off RM500 kepada golongan berkenaan.

KELULUSAN SECARA AUTOMATIK

"Bagi teksi dan kereta sewa, semua pemandu yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan Permai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, semua pemandu bas persiaran yang menepati syarat kelayakan bantuan Prihatin sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sekali lagi.

SYARAT PENDAPATAN MINIMUM DIKURANGKAN KEPADA RM700

Menteri Pengangkutan berkata, syarat pendapatan minimum RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan Prihatin sebelum ini telah dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober, November atau Disember 2020.

"Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh," katanya.

SARINGAN LESEN MEMANDU YANG SAH SAHAJA

"Cukup hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja," katanya.

Beliau berkata, semua pemandu bas sekolah yang menepati syarat kelayakan juga tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing.

"Hanya saringan lesen vokasional, lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sah sahaja akan dibuat," katanya.

PERUNTUKAN SEBANYAK RM15 BILLION BAYARAN ONE-OFF RM500

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM15 bilion bagi bayaran one off RM500 sebagai sebahagian daripada 22 inisiatif Permai yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak Covid-19.

KENYATAAN MEDIA

Post a comment

0 Comments