Permohonan Bantuan JKM: Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM1000 Maksimum)

Seperti yang anda sedia maklum, bermula sahaja tahun 2021, Bantuan Kanak-Kanak (JKM) akan dinaikkan menurut pembentangan Belanjawan 2021 yang telah diluluskan.

Perkara ini telah dinyatakan oleh YB DS Rina binti Mohd Harun, iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sebuah perkongsian di Facebook rasmi beliau.


KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK BAGI TAHUN 2021

Menurut Belanjawan 2021 yang telah diluluskan, kadar bayaran akan dinaikkan seperti berikutπŸ‘‡

KADAR BAYARAN BANTUAN LAMA
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang
KADAR BAYARAN PADA TAHUN 2021
  • Kanak-kanak (berumur 7-18 tahun) akan terima RM150 (sebulan) seorang
  • Kanak-kanak (berumur 6 tahun ke bawah) akan terima RM200 (sebulan) seorang
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Antara syarat khusus untuk melakukan permohonan Bantuan Kanak-Kanak adalahπŸ‘‡
  • Merupakan warganegara & bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/ Penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang umurnya bawah 18 tahun dan berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
PANDUAN PENUH BAGI PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK TAHUN 2021

Untuk makluman semua, permohonan ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu
  • Secara Manual 
  • Secara Online
Disini kami kongsikan kaedah permohonan yang anda boleh lakukan di bawah

TATACARA PERMOHONAN 

1. Yang pertama sekali, sila layari portal rasmi JKM iaitu http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp


2. Sila klik pada pautan 'Daftar Permohonan Atas Talian'.
3. Pada halaman seterusnya, pilih negeri anda anda isikan nombor Kad Pengenalan.






4. Setelah selesai diisi, tekan butang daftar.
5. Isikan maklumat lain yang berkaitan.
6. Setelah siap, sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang anda pohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang dibuat atas talian. Kegagalan anda berbuat demikian, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA HADIR DI PEJABAT

Senarai dokumen ni jangan lupa dibawa yaπŸ‘‡

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
2. Salinan Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU; (Jika Kategori OKU)
4. Salinan penyata pendapatan/ surat akuan pendapatan (jika anda bekerja sendiri)
5. Salah satu Bil Utiliti (Air/Elektrik/Telefon/Astro)
6. Laporan pegawai peruatan dari Hospital/ Klinik Kesihatan Kerajaan/ Swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan)

PERMOHONAN BANTUAN JKM SECARA MANUAL (HADIR KE PEJABAT JKM)
  • Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Daerah/ Jajahan/ di seluruh negara.
  • Kepada anda yang tidak tahu dimana pejabat JKM. Klik DISINI
BORANG PERMOHONAN JKM 

πŸ‘‰ JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik DISINI untuk muat turun).


πŸ‘‰ Borang Kemaskini Maklumat (Klik DISINI untuk muat turun)


INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)


 

Post a comment

0 Comments