Panduan Lengkap Bagi Permohonan Bantuan Kewangan Berjumlah RM700 Untuk Golongan B40

 

Seperti yang anda sedia maklum, kerajaan telah melancarkan satu inisiatif skim perlindungan B40 iaitu mySalam. MySalam merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan. 

Skim perlindungan ini akan disalurkan kepada inidividu yang layak untuk menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui tabung amanah mySalam.


Pihak kerajaan menubuhkan skim mySalam untuk perlindungan kesihatan sosial bagi tujuan membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan kewangan bagu mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalami pelbagai penyakit kronik serta kritikal.

Jangan lupa kemaskini maklumat BPR anda. Rujuk👇



KRITERIA UNTUK MEMOHON MYSALAM

Antaranya ialah👇

Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  1. Individu yang berumur antara 18 sehingga 65 tahun dan berpasangan.
  2. Individu yang berumur antara 18 sehingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  3. Individu OKU yang berumur antara 18 sehingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  1. Penerima yang mempunyai penyakit kritikal akan menerima bantuan RM8,000 bersama hospitaliti untuk maksimum selama 14 hari.
Info Tambahan:
  • Ada sedikit info tambahan buat anda semua, kepada mereka yang diarahkan kuarantin sebenarnya boleh memohon penebusan mySalam. Walaupun kuarantin daripada rumah sahaja tetap boleh membuat penebusan. Contoh situasinya begini, anda telah diarahkan untuk berkuarantin selama tempoh 10 hari. 1 hari kuarantin anda akan menerima RM50. Jadi RM50 dikalikan dengan 10 hari = RM500
  • Tempoh minimum untuk penebusan ialah 1 hari dan maksimum adalah selama 14 hari.
TATACARA MELAKUKAN PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila rujuk perkongsian di bawah

Oh ya, sebelum anda membuat penebusan, sila pastikan bahawa anda telah melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bantuan ini. Untuk mengetahui caranya, sila ikuti langkah yang dikongsikan dengan teliti.

1. Sila layari portal rasmi mySalam


2. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda tanpa ada simbol (-)
3. Klik pada pautan 'SEMAK'
4. Pada bahagian bawah nanti akan dipaparkan kepada anda yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak.

Sekiranya anda layak, terdapat 2 cara yang anda lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada perkongsian yang dikongsikan.

CARA PENEBUSAN PERTAMA

Tuntutan Secara Online
  1. Log masuk ke dalam portal rasmi mySalam https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Jika anda masih belum daftar, diminta anda mendaftar mySalam terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah yang dipaparkan.
  3. Setelah anda selesai mendaftar, ia akan meminta pengesahan nombor telefon anda. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka untu 'reset' kata laluan.
  4. Selepas itu, anda boleh masukkan kata lakuan baru anda. Pastikan kata laluan yang anda tetapkan mudah untuk diingati.
  5. Sila kemaskini profil anda.
  6. Selepas kemaskini profil, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
  7. Klik HANTAR
  8. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Pihak mereka akan maklumkan kemudian.
CARA PENEBUSAN KEDUA

Tuntutan Secara Manual
  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
  2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
  3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
  4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

Post a Comment

0 Comments