Tatacara Permohonan Geran Orang Lokal 3.0 Johor: Bantuan Perlatan Sehingga RM10,000



Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah mengalu-alukan usahawan mikro dan Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS) di negeri Johor yang ingin mendapatkan bantuan mesin dan peralatan melalui Geran Orang Lokal 3.0 (GOL 3.0).

Apakah Itu Geran Orang Lokal (GOL 3.0)?

Geran Orang Lokal (GOL 3.0) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).

Bilakah Tarikh Permohonan GOL 3.0 Ini Dibuka?

  • Bermula 7 Februari sehingga 21 Februari 2021


Kluster Perniagaan Yang Layak Memohon

Antara kluster perniagaan yang layak memohon G.O.L 3.0 ialah👇
  • Jahitan - Merangkumi bidang yang berkaitan jahitan pakaian, langsir alas meja dan lain-lain yang dirasakan berkenaan.
  • Automotif - Merangkumi bidang berkaitan perkhidmatan serbis kenderaan bermotor seperti bengkel motosikal atau kereta.
  • Gunting Rambut, Spa dan Kecantikan - Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut termasuk segala bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan spa dan kecantikan.
  • Percetakan - Merangkumi bidang percetakan.
  • Peruncitan - Merangkumi semua kedai runcit.
  • Makanan dan Minuman - Merangkumi bidang pembuatan atau pemprosesan makanan dan minuman sahaja.
  • Industri Kreatif - Merangkumi bidang seperti pengurusan majlis, kedai bunga, kedai hadiah, hobi, sukan, kraftangan, seni dan lain-lain perusahaan yang bersifat kreatif.
Kluster Perniagaan Yang Tidak Layak Memohon

Walau bagaimanapun, terdapat kluster perniagaan yang tidak layak memohon GOL 3.0 seperti👇
  • Pendidikan
  • Agro/Perikanan/Penternakan
  • Kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal\
  • Pelancongan/Perhotelan dan Penginapan
  • Industri Perabot
  • Kewangan/Insurans/Konsultasi
  • Perkhidmatan Perniagaan (Profesional/Bukan Profesional)
  • Pemborong
  • Apa Jua Perniagaan Yang Tidak Patuh Syariah
Kriteria Permohonan

Pemohon yang berhasrat untuk memohon GOL 3.0 perlu memenuhi kriteria berikut👇
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  3. Berumur 18 - 65 tahun semasa memohon.
  4. Pemohon mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah.
  5. Permohonan diutamakan kepada semua usahawan yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor, Agensi, atau Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2 tahun.
  6. Pemohon telah menjalankan perniagaan selama 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  7. Pemohon mesti mengemukakan salinan 1 bulan penyata akaun syarikat terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi terkini.
  8. Pemohon mestilah menyertakan gambar premis perniagaan yang dijalankan.
  9. Satu syarikat layak untuk satu permohonan sahaja.
  10. Perniagaan pemohon perlulah dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja.
  11. Sebut harga hendaklah dari pembekal yang sah serta tidak boleh diambil dari atas talian.
  12. Sebut harga tersebut mestilah mempunyai cap rasmi dan "letterhead" syarikat pembekal serta perlu ditandatangani untuk pengesahan.
Cara Memohon G.O.L 3.0

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut👇

1. Klik link yang diberikan untuk memohon https://bit.ly/GeranOrangLokal21
2. Isi setiap maklumat yang diperlukan dan klik butang 'NEXT' pada akhir paparan.
3. Muat naik dokumen berikut:
  • Gambar pemohon, premis dan produk.
  • Salinan SSM (Borang D, E, 13 & maklumat perniagaan, maklumat pemilik perniagaan)
  • 1 bulan penyata akaun syarikat atau persendirian yang terkini,
4. Di akhir borang pemrohonan, klik buatng 'SUBMIT' untuk menghantar permohonan.

Jika permohonan anda tidak mendapat sebarang maklum balas dari PUJB dalan tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai G.O.L 3.0, sila hubungi Sekretarian GOL 3.0 di talian 07-510 2542 atau di alamat:

Sekretarian G.O.L 3.0,
Jabatan Program dan Pembangunan Usahawan,
Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd.,
No 24 Jalan Iskandar Puteri 1/3,
Iskandar Puteri Commercial Centre,
Taman Nusantara Prima,
81550 Gelang Patah,
Johor Darul Ta'zim.


Post a comment

0 Comments