
PORTAL DELIMa
Perhatian kepada terutamanya ibu bapa, guru serta murid-murid, anda kini sudah boleh menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) di rumah melalui portal pembelajaran DELIMa yang telah diperkenalkan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bekerjasama dengan syarikat besar seperti Microsoft, Apple dan Google.

Untuk makluman anda semua, portal ini merupakan paltform utama di dalam negara yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan/sumber pembelajaran secara atas talian.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PORTAL DELIMa
Antara kelebihannya adalah terdapat pelbagai aplikasi menarik yang boleh digunakan melalui portal DELIMa antaranya👇








CARA LOG MASUK KE PORTAL DELIMa
Untuk mengakses portal DELIMa, para ibu bapa,guru serta murid boleh ikut langkah yang sedaikan di bawah
Info Tambahan: Para guru serta murid perlu mendapatkan ID terlebih dahulu yang telah diberikan oleh pihak sekolah bagi membenarkan mereka mengakses portal tersebut.
- Layari portal DELIMa di https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
- Klik butang 'Log Masuk'.
- Masukkan ID dan kata laluan yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
- Klik butang 'Login'
- Kemudian, pilih menu Pelajar, Guru atau Sekolah.
- Guru dan pelajar boleh memilih aplikasi dan fungsi yang boleh digunakan oleh pengajaran dan pembelajaran.
INFO & PERTANYAAN LANJUT
Bagi sebarang masalah atau ingin mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai portal DELIMa, sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal ini.
Post a comment
0 Comments