6 Kategori Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Ke Kampus ~ Tarikh Rasmi Kemasukan Pelajar IPT

 

Berita yang sangat baik kepada penuntut-penuntut ilmu di Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta, anda boleh memulakan sesi pembelajaran di Kampus anda seperti biasa dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang bermula 1 Mac 2021 ni.

Join Channel Telegram Rasmi Info Bantuan: t.me/epermohonan

Kemeterian Pengajian Tinggi (KPT) telah bekerjasama  dengan beberapa badan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pihak pengurusan IPT, Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM), pakar kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan tarikh kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus masing-masing.

Hasil ikhtiar daripada sesi libat urus ini, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk membenarkan 6 kategori pelajar yang berkeperluan kembali ke kampus seawal 1 Mac 2021.

Ketahui 6 kategori yang dibenarkan pulang ke kampus👇

6 KATEGORI PELAJAR IPT YANG DIBENARKAN PULANG KE KAMPUS

Melalui kenyataan Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, bermula 1 Mac 2021, 6 kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus adalah seperti berikut:
  • Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yanng memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.
  • Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  • Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh menjalani pembelajaran secara hibrid.
  • Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
  • Pelajar Berkeperluan Khas (OKU) dan
  • Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
Bagi pelajar yang tidak tersenarai dalam kategori berkeperluan akan menerusakan sesi PdP secara atas talian.

MAKLUMAT PERGERAKAN PELAJAR DARI SEMENANJUNG KE SABAH & SARAWAK

Bagi pelajar dari semenanjung yang akan pulang ke kampus IPT di negeri Sabah & Sarawak:
  • Diwajibkan menjalani Ujian Swab Test yang dibiayai oleh KKM.
Bagi pelajar yang tiba di Sarawak:
  • Diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus.
  • Kos makan dan minum serta kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
PERGERAKAN PELAJAR DARI SABAH & SARAWAK KE SEMENANJUNG

Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.


MAKLUMAT TAMBAHAN

Para pelajar juga disarankan untuk merujuk kepada SOP kerajaan negeri Sabah & Sarawak yang sedang berkuatkuasa.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPT, anda boleh dapatkan maklumat melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang akan dibuka 24 jam di talian 0388706777/ 038870 6949/ 038870 6623 / 038870 6628.

Anda juga boleh menghungi IPT masinng-masing untuk info lanjut.




Post a comment

0 Comments