Tatacara Lengkap Permohonan Telefon Pintar Percuma Untuk Golongan B40 ~ Mohon Segera!

 

Kita semua sedia maklum bahawa sesi pembelajaran murid-murid di sekolah kini melalui atas talian. Namun tidak semua murid bernasib baik untuk menjalani kelas atas talian. Hal ini kerana segelintir daripada mereka ketiadaan atau kurang kemampuan untuk membeli telefon pintar.

Oleh itu, YTL Foundation telah memberi satu inisiatif iaitu telefon pintar secara percuma untuk golongan B40.

Perhatian kepada anda semua terutama pelajar dari keluarga B40 yang berminat serta layak membuat permohonan telefon pintar percuma. Anda sangat digalakkan untuk membuat permohonan.

Kami dari epermohonan.com akan mengkongsikan panduan penuh untuk membuat permohonan telefon pintar percuma tersebut.

Untuk Info Lanjut Berkaitan Bantuan Kerajaan, Join Telegram Rasmi: t.me/epermohonan

Panduan Permohonan/ Semakan Telefon Pintar Percuma B40 Online

Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai permohonan telefon pintar percuma termasuk syarat kelayakan & semakan status:

PENTING: Sebelum membuat pencalonan murid, pastikan murid tersebut dari keluarga B40

Antara langkah-langkahnya ialah👇

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat seperti berikut:
  • Nombor MyKid/MyKad Murid
  • Nombor MyKad Ibubapa
  • Status yang menunjukkan mereka dari keluarga B40 di portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2. Layari Portal BPN hasil secara online di https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan No. Kad Pengenalan Ibubapa.
3. Kemudian, sila klik pada butang "SEMAK".
4. Anda perlu mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online di https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learnfromhome/
5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibubapa serta butiran tambahan yang perlu disertakan.


Panduan Semakan Status Telefon Pintar B40 Percuma Online

A. SECARA ONLINE

1. Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi lama sesawang https://lcs.yes.my/

B. MENERUSI EMEL

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibubapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.
2. Ibubapa perlu mengikut proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:
  • 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
  • 1 salinan MyKad ibubapa
  • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
3. Pastikan ibubapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel.

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma Bagi Golongan B40

Antara syarat-syaratnya ialah👇

1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40



Post a comment

0 Comments