Waspada Emel Palsu Berkenaan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Facebook Rasmi mereka ada menyatakan emel palsu yang sedang tular mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar. Seperti yang kita sedia maklum, pengeluaran simpanan akaun i-Sinar KWSP sebanyak RM10,000 kini makin dapat perhatian ramai. Oleh itu, semua pencarum KWSP tidak termakan umpan dengan "scammer-scammer" yang giat melakukan aktiviti haram tersebut.

Baca Juga: Pencarum KWSP Diingatkan Berhati-hati Dengan 4 Aplikasi Ini

DIMINTA WASPADA EMEL PALSU BAYARAN LEBIH CUKAI

Emel penipuan ini telah viral kepada beberapa pencarum yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Sinar. Antara emel palsu yang dihantar kepada ahli adalah:
  • Berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar (Emel PALSU)
Semua ahli diminta waspada dan ABAIKAN emel berkenaan. Hal ini kerana KWSP telah menjelaskan bahawa
  • Semua pengeluaran simpanan KWSP TIDAK DIKENAKAN CUKAI 
KWSP turut membenarkan pengeluaran akaun 1 setiap bulan di samping RM500 dari akaun 2 i-Lestari.

KWSP MELALUI LAMAN FACEBOOK RASMI MEREKA

KWSP juga ingin menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk 'phising' data peribadi ahli. Pastikan anda dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemaskini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

Post a Comment

0 Comments