Belum Daftar Terima Vaksin COVID-19 ? ~ Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin !

Pada 27 Februari lalu ketibaan vaksin Covid-19 pertama telah tiba di Malaysia , Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 kini anda semua boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan .

Pemberian Vaksin tersebut adalah dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijalankan bermula Februari 2021 sehingga Februari 2022 . 

Untuk pengetahuan semua , sehingga hari ini Malaysia mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.

Antara Pengeluar Vaksin tersebut adalah :

  1. AstraZeneca
  2. Pfizer/BioNTech
  3. Sinovac
  4. CanSino Biologics
  5. Sputnik V
Pemberian vaksin tersebut adalah secara suka rela dan percuma kepada semua rakyat Malaysia , Kerajaan telah memberi jaminan bahawa vaksin tersebut adalah sealamat kerana Vaksin COVID-19 ini telah mengalami proses analisis dan kajian sebelum diluluskan oleh bahagian Regulatori Negara (NPRA).

 Apakah Maksud Vaksin?

Vaksin merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mengawal dan melindungi daripada gejala wabak penyakit berjangkit sebagai contoh wabak COVID-19. Suntikan Vaksin dilakukan untuk merangsang sistem imunisasi agar apabila orang ramai terdedah kepada koronavirus SARS-Cov-2, tubuh badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan tersebut.

Fasa Pemberian Vaksin 

Pemberian Vaksin Covid-19 akan berlangsung secara 3 fasa iaitu :




Kategori Tidak Sesuai Terima Vaksin 
  • Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
  • Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
  • Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap                 makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  • Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
  • Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
  • Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  • Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
  • Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
  • Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.

Cara Mendaftar

Untuk Pendaftaran bagi menerima Vaksin COVID-19 , Rakyat Malaysia boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera seperti berikut :

1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
2. Tekan bahagian ‘Close’ di kanan atas paparan.
3. Klik bahagian ‘COVID19 Vaccination.’


4. Klik bahagian ‘Vaccine for (Nama Anda).’
5. Sahkan maklumat diri anda dan klik butang ‘Confirm’ jika tiada perubahan. Jika          maklumat tersebutsalah, klik butang ‘Edit.’
6. Kemudian, klik pada ayat ‘Click Here’ yang bergaris.
7. Jawab soalan yang diberikan dan klik butang ‘Hantar.’
8. Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran berjaya dilakukan.


Untuk Sebarang Maklumat mengenai Vaksin COVID-19 ini , anda boleh melayari laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/ .

Semoga Bermanfaat !

 

Post a comment

0 Comments