Kehadiran Penonton Ke Stadium Kini Hampir Menjadi Realiti - Reezal Merican

 

PUTRAJAYA : Datuk Seri Reezal Merican Naina Selaku Menteri Belia dan Sukan tidak menolak kemungkinan kebenaran penonton ke stadium bagi saingan Liga Malaysia ( Liga-M) musim ini dapat diberikan lebih awal beriukutan gerak kerja yang positif dan usaha yang sedang dilakukan pelbagai pihak .

Datuk Seri Reezal Merican berkata ketika ini , Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hanya perlu memperincikan protokol pengurusan sukan supaya ianya kekal mematuhi prosedur operasi standart (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada.


Setelah ianya diperincikan, KBS merancang membentangkan mengenai kebenaran kehadiran penonton ke stadium kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) seawal minggu depan selain mengharapkan pelaksanaan SOP itu berjalan lancar apabila ia mula dilaksanakan. 

Jadi kita sebagai rakyat malaysia haruslah sentiasa mematuhi SOP untuk membantu usaha yang telah dijalankan oleh pihak yang bertangunggjawab . Usaha ini bagi mengembalikan suasana gegak gempita di stadium dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi semangat pemain dan pasukan kesayangan masing masing.

Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Malaysia setelah 2 perlawanan berlangsung : 



Post a comment

0 Comments