Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (BIASISWA JPA 2021) ~ Biasiswa Ini Boleh Dimohon Sehingga 23 Mac 2021

Permohonan Program Ijazah dalam Negara telah dibuka , Pelawaan kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Goverment Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memohon program tajaan JPA - Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021 . Program ini boleh dimohon secara atas talian . Permohonan Atas Talian dibuka bermula daripada 11 Mac 2021 (Khamis) sehingga 23 Mac 2021 (Selasa) di Portal eSila JPA.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Ijazah Dalam Negara 2021 untuk makluman bersama.

Apakah Program Ijazah Dalam Begara JPA?

Penajaan dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA) Goverment Linked Universities (GLU) dan Politeknik Premier. 

Syarat Umum
Berikut adalah syarat umum permohonan PIDN JPA 2021

1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai kesihatan yang baik.
3. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
4. Memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
5.Calon dan / atau ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
6.Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.


 Syarat Khusus

1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
2. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian :
  • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.0 atau
  • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat diploma dari UA / Politeknik / IPTS / GLU yang disenaraikan
  • Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
3. Bidang Perubatan dan Pergigian
  • Mempunyai keputusan LULUS bagi keputusan terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian dan
  • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
Bidang Pengajian 
  • Veterinar
  • Senibina
  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Klinikal dan kesihatan
  • Sains
  • Sains sosial
Cara Untuk Memohon
Untuk Membuat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2021 ini anda perlu melayari laman sesawang  https://esilav2.jpa.gov.my/


Atau untuk maklumat lanjut klik DISINI  dan anda akan dibawa ke pautan Set Soalan Lazim (FAQ) berkaitan PIDN JPA 2021 . 

Semoga Bermanfaat !


Post a comment

0 Comments