Bantuan Khas Kewangan RM500,000 Jika Ada Kesan Mudarat Suntikan Vaksin Covid-19


 

Untuk makluman, pihak kerajaan telah pun bersetuju dengan pemberian bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 kepada warganegara Malaysia dan warganegara asing yang mendapat kesan sampingan serius setelah menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. 


Pihak kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan penerima vaksin Covid-19 serta terus berusaha meningkatkan keyakinan para masyarakat bagi menerima suntikan vaksin Covid-19. Pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 ini boleh dilakukan secara percuma dan ianya perlu dilakukan secara sukarela tanpa ada paksaan. 


Rakyat Malaysia boleh melakukan pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera termasuk juga melakukan pendaftaran untuk tanggungan iaitu untuk mendaftar bagi pihak ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera. 


BANTUAN KHAS KEWANGAN


Pihak kerajaan telah meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 seperti berikut:

  • RM50,000 - Jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin Covid-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di Hospital.
  • RM500,000 - Jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid-19.

Pihak kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 ini. 

MATLAMAT BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 ini adalah merupakan langkah proaktif pihak kerajaan untuk:
  • Menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin Covid-19 ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak. 

TIGA JAWATANKUASA DITUBUHKAN

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan tiga jawatankuasa di peringkat Kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19 seperti berikut:

1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantaun Vaksin Covid-19 bagi memantau dan meniali kesan mudarat susulan imunisasi (AEFI) dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19.

2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan untuk menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait (causal relationship) dengan vaksin Covid-19. Penilaian akan dilakukan secara case to case basic berdasarkan bukti yang diterima dan laporan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin Covid-19.

3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 untuk memberi kelulusan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuasa.

Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 ini akan diberikan kepada penerima vaksin yang terkesan setelah dinilai oleh tiga jawatankuasa ini yang mana bayarannya akan dilakukan oleh NADMA kepada penerima vaksin yang terkesan. 


Post a Comment

0 Comments