Ganjaran Sebanyak RM10,000 Menanti Kepada Siapa Berjaya Namakan Anak Tapir


KUALA LUMPUR- Wang tunai sebanyak RM10,000 menanti kepada sesiapa sahaja yang berjaya namakan anak tapir betina yang dilahirkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City, pada 6 Februari 2021 lalu.

Pemiliknya iaitu Datuk Seri Jeff B.K Lee berkata, pertandingan menamakan Baby Tapir kami itu dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus Indicus).

Pada 27 April 2021, pemenang akan diumumkan sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut sila layari https://linktr.ee/99wonderlandpark


"Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong melahirkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan.

"Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan," katanya.

Post a Comment

0 Comments