Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April Yang Diawalkan ~ Semak Tarikh Terkini Pembayaran

 

Kepada pemohon-pemohon i-Lestari, terdapat sedikit perubahan tarikh pembayaran yang telah dinyatakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk pengetahuan anda, perubahan ini berkaitan dengan pembayaran bagi bulan Mac dan April. 

Pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan.

MENGAPA i-LESTARI DIKREDITKAN AWAL?

Hal ini disebabkan kriteria i-Sinar yang telah dimansuhkan tanpa syarat, jadual pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac ini telah diawalkan kepada 19 Februari 2021.

Berikut dikongsikan kenyataan dari KWSP

Belum daftar i-Lestari? Rujuk👇


JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI BULAN MAC & APRIL


PERUBAHAN TARIKH PEMBAYARAN

Jika kita lihat pada jadual pembayaran, pembayaran bulan Februari sepatutnya telah bermula pada tarikh 2-15 Februari yang lalu.

Bagi pembayaran i-Lestari pada bulan Mac pula sepatutnya bermula pada 1-10 Mac 2021.

Namun demikian, disebabkan perubahan tarikh pembayaran yang dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari akan bermula pada tarikh berikut:
  • 19 Februari 2021
  • Penerima akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari iaitu pembayaran bagi bulan Februari & Mac
  • Jika anda merupakan kumpulan pertama i-Lestari, anda akan menerima bayaran pada 19 Februari & seterusnya mengikut kumpulan/ batch masing-masing
BETULKAH PEMBAYARAN i-LESTARI PADA BULAN APRIL JUGA DIAWALKAN?

Ya, pembayaran i-Lestari bulan April yang dijadualkan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.

TATACARA MEMBUAT SEMAKAN BAKI & TRANSAKSI BAYARAN i-LESTARI KWSP

Kepada ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut:
  • Login pada i-Akaun KWSP
  • Pilih pautan Withdrawal/ Pengeluaran
  • Pilih Witdrawal History
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

1. Layari laman web Semakan Status i-Lestari
2. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon anda
3. Klik SEMAK


TATACARA SEMAK STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
  • Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP iaitu https://ilestari.kwsp.gov.my/
  • Klik pada pautan 'SEMAK STATUS'
  • Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak 'SAYA BUKAN ROBOT' dan klik pada butang semak.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, anda boleh menghubungi talian hotline KWSP 03-8922-4848

Post a comment

0 Comments