Panduan Lengkap Pindaan Amaun i-Sinar

 

Ramai di kalangan pemohon i-Sinar tersilap menarik amaun pengeluaran semasa permohonan dibuat. Hal ini telah membuat mereka berasa gelisah kerana tidak dapat membuat pindaan amaun tersebut.

Namun, anda sebagai pemohon tidak perlu risau lagi kerana bermula 8 Mac 2021, anda telah boleh membuat pindaan amaun pengeluaran i-Sinar. Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti perkongsian kami di bawah.

PINDAAN AMAUN PENGELUARAN i-SINAR

Untuk pengetahuan anda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memberi kelonggaran untuk melakukan pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar online.


INFOGRAFIK PENGUMUMAN KWSP



Berikut merupakan butiran penting yang perlu anda ketahui tentang pindaan amaun yang dimaklumkan oleh pihak KWSP.

Antaranya ialah
  1. Pindaan bagi amaun hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat pemohon pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemaskini maklumat.
  3. Sila pastikan bahawa anda mempunyai permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemaskini maklumat.
  4. Anda boleh melakukan kemaskini nombor telefon bimbit serta maklumat berkaitan bayaran seperti butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Bagi anda yang memilih mengemaskini butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tesebut:
  • Akaun milik pemohon mestilah aktif
  • Bukan akaun bank bersama (joint account)
  • Bukan akaun bank atas nama syarikat
PANDUAN PENUKARAN AMAUN PENGELUARAN i-SINAR
  1. Pertama sekali, anda perlu layari laman web rasmi i-Sinar (klik DISINI)
  2. Klik pada 'Pindaan Pengeluaran'
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang telah didaftarkan.
  4. Isikan semula amaun pilihan yang baharu.
  5. Kemaskini maklumat pemohon seperti nombor akaun bank sekiranya ada perubahan.
  6. Sahkan permohonan dengan melihat semua maklumat yang dinyatakan di ruang pengesahan permohonan dan klik HANTAR.

TARIKH BAYARAN & STATUS KELUUSAN PINDAAN AMAUN

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh masa 5 hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual yang baharu.

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan i-Sinar KWSP, sila hubungi hotline di talian 03-8922 4848 atau layari www.isinar.kwsp.gov.my

Post a Comment

0 Comments