Panduan Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat Bermula 8 Mac 2021


Merujuk kenyataan rasmi dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), permohonan tanpa syarat i-Sinar sudah boleh dibuat pada tarikh 8 Mac 2021. Untuk pengetahuan anda, permohonan ini dibuka sehingga bulan Jun 2021.

Berita ini sangat menggembirakan para pencarum kerana tiada lagi syarat dikenankan.

PENAMBAHBAIKAN i-SINAR TANPA KRITERIA

Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu👇
  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap & Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150
PANDUAN PERMOHONAN BAHARU i-SINAR TANPA SYARAT

Permohonan kali ini lebih daripada sebelum ini, kaedah permohonan baharu adalah seperti yang dikongsikan berikut👇
  1. Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Selepas itu, masukkan nombor telefon bimbit anda yang aktif.
  4. Klik, teruskan.
  5. Seterusnya, isi segala butiran yang diminta.
DOKUMEN SOKONGAN

Berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa syarat, permohonan akan diproses dengan lebih mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

JUMLAH PENGELUARAN KELULUSAN TANPA SYARAT

Walaupun kelulusan tanpa syarat telah mendapat lampu hijau tetapi pengeluaran adalh mengikut jumlah simpanan seperti👇

1) Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah
  • Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM10,000
  • Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM5,000
2) Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke atas
  • Jumlah pengeluaran maksimum sehingga Rm60,000
  • Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
  • Bayaran pertama maksimum RM6,000




Post a Comment

0 Comments