PEMERKASA 2021 : Bantuan RM300 Untuk Pembelian Telefon & Peranti Baru B40



Untuk pengatuan anda, sebelum ini pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan sebanyak RM180 kepada lapan juta individu dalam bentuk kredit telekomunikasi buat golongan B40 di bawah Belanjawan 2021. Bantuan ini diberikan bagi tujuan untuk mengurangkan beban kewangan B40 mendapatkan kemudahan internet. 


Dalam pengunguman pakej baharu PEMERKASA pada 17 Mac 2021 baru-baru ini, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan akan menambah baik subsidi ini kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi tujuan pembelian telefon pintar atau peranti baharu. 


Sila ikuti segala perkongsian yang telah pasukan ePermohonan sediakan di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. 


BANTUAN RM300 UNTUK B40


Untuk makluman, lebih kurang lapan juta penerima daripada golongan B40 akan menerima bantuan RM300 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai perbelanjaan bagi: 

  • Pembelian telefon pintar baharu
  • Pembelian peranti baharu

Dalam pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat dalam bentuk tawaran pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan. 

PENERIMA YANG LAYAK

Jika sebelum ini Belanjawan 2021 telah mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada semua penerima BPR namun di bawah pakej PEMERKASA kali ini pihak kerajaan akan memberikan bantuan RM300 khusus untuk: 
  • Isi rumah yang mempunyai anak bersekolah

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Untuk pengetahuan anda, program subsidi ini akan dilancarkan bermula pada:
  • Awal bulan Mei 2021

Dalam pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan pada 17 Mac 2021 juga, pihak kerajaan tidak akan melupakan golongan para peniaga yang terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik. Para peniaga bakal menerima bantuan GKP 3.0 sebanyak RM1,000 seorang. Mereka yang berpendapatan RM1,000 ke bawan dan kehilangan pekerjaan juga turut bakal menerima bantuan tambahan RM500 secara one-off. 

Post a Comment

0 Comments