PEMERKASA : Bantuan Kredit E-Wallet RM150 Seorang Kepada Golongan Belia 2021


 

Untuk pengetahuan anda, semasa pembentangan Bajet 2021 sebelum ini pihak kerajaan ada mengumumkan pemberian Bantuan Kredit eWallet RM100 kepada mereka yang layak. 


Namun, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahbaikan Bantuan Kredit eWallet dengan penambahan sehingga RM150 pada 17 Mac yang lalu. Sila ikuti segala perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan bantuan kredit ewallet RM150 ini. Semoga bermanfaat. 


BANTUAN PEMERKASA KREDIT EWALLET RM150


Untuk makluman, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai PEMERKASA telah diumumkan oleh PM sebagai salah satu inisiatif pemulihan ekonomi dalam merancakkan kembali ekonomi negara susulan penularan wabak pandemik Covid-19.


Melalui program PEMERKASA ini juga, pihak kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan Program eBelia iaitu program khusus untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).


Setiap mereka yang layak akan menerima bantuan kredit e-wallet bernilai RM150 setiap seorang secara one-off dengan jumlah keseluruhan membabitkan sehingga RM300 juta. 




TARIKH PENGAGIHAN E-WALLET 2021


Untuk pengetahuan anda semua, tarikh pengkreditan eWallet 2021 akan mula dilakukan bermula Jun ini. 


SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

  • Golongan belia berumur antara 18-20 tahun
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa

CARA MEMOHON
  • Muat turun aplikasi TNG e-Wallet / Boost / Grab
  • Sila isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap
  • Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan yang ditetapkan
  • Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak maka pengkreditan akan dilakukan ke dalam akaun anda. 

BANTUAN LAIN 

Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta dengan menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM21 juta. 

Hal ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan anak muda bandar dalam program keusahawanan. 

Post a Comment

0 Comments