Permohonan Baharu Pengeluaran i-Lestari RM500 Sebulan

 

Kepada anda yang tidak lulus permohonan i-Sinar Kategori 1 mahupun Kategori 2, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan i-Lestari. Seperti yang sedia maklum, pengeluaran i-Lestari ini berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.

Jika anda mempunyai hasrat untuk membuat pengeluaran i-Lestari dengan mudah. Sila ikut dengan tertib tatacara yang dikongsikan.

MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
  • Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
  • Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500
PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU i-LESTARI

Berikut dikongsikan kaedah untuk melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara online

1. Pertama sekali, layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Klik pada pautan PERMOHONAN BAHARU
3. Isikan maklumat permohonan yang diminta dengan lengkap


4. Setelah selesai, klik HANTAR


PERINGATAN!

Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat serta muktamad bagi memudahkan pihak KWSP untuk proses permohonan anda. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh 2 hari selepas permohonan dibuat.

Berikut dikongsikan pula tatacara semakan status permohonan

1. Layari laman web Semakan Status i-Lestari
2. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon anda
3. Klik SEMAK


Sila share artikel ini kepada rakan taulan yang memerlukan. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments