[TERKINI] : Bantuan Sebanyak RM163 Setiap Tahun Untuk Golongan Wanita Yang Bekerja Sendiri 2021



Untuk makluman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menyambut baik keputusan pihak kerajaan untuk menambah baik bantuan dan insentif kewangan yang disediakan untuk para majikan dan pekerja seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) pada 17 Mac 2021 yang lalu. 


Antara program pasaran buruh aktif dalam PEMERKASA yang bakal dilakukan oleh pihak PERKESO adalah insentif penawaran pekerjaan sementara dan pekerjaan gig, dana padanan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO bagi usahawan wanita dan golongan wanita yang bekerja sendiri, pelanjutan tempoh insentif untuk Program Perintisan serta pelanjutan Program Subsidi Upah 3.0 selama tiga bulan secara bersasar. 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan SPS Prihatin Wanita, anda boleh ikuti segala perkongsian yang telah pasukan e-Permohonan sediakan di bawah ini. 


MANFAAT SPS PRIHATIN WANITA


Untuk pengetahuan anda, SPS Prihatin Wanita merupakan dana padanan 70% bagi wanita yang bekerja sendiri disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO. Melalui SPS Prihatin Wanita PERKESO, para wanita akan menerima manfaat seperti berikut:

  • Pihak kerajaan akan membayar 70% (RM163.00) caruman setahun pelan 2 SKSPS manakala pemohon hanya membayar 30% (RM69.80) setahun

SYARAT KELAYAKAN 
  • Usahawan Wanita
  • Wanita yang bekerja sendiri

TARIKH PERMOHONAN

SPS Prihatin Wanita (SPW) boleh dimohon bermula pada ketetapan tarikh berikut:
  • 1 April hingga 31 Disember 2021

Untuk pengetahuan anda, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi inisiatif perlindungan keselamatan sosial kepada usahawan dan pekerja wanita yang bekerja sendiri. Info lanjut berkaitan panduan buat permohonan akan menyusul setelah mendapat makluman terbaru. 



Seperti yang digariskan dalam PEMERKASA, Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi secara lebih bersasar bagi sektor perlancongan, perdagangan borong dan runcit serta sektor-sektor lain yang ditutup semasa PKP. 

Seramai 400,000 pekerja dan 37,000 majikan dijangka bakal mendapat manfaat daripada Program PSU 3.0 dengan peruntukan sebanyak RM700 juta. Lanjutan daripada PSU 3.0 ini membolehkan pihak majikan dalam sektor-sektor terbabit untuk menerima RM600 sebulan untuk setiap pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah. Subsidi upah ini terhad kepada 500 pekerja bagi setiap majikan. Tarikh tutup permohonan PSU 3.0 kekal pada 30 Jun 2021. 

Post a Comment

0 Comments