Bantuan E-Wallet 2021 Untuk Golongan Belia Sebanyak RM150 Seorang


Berita baik buat golongan para belia kerana mereka adalah merupakan salah satu golongan yang bakal diberikan bantuan oleh pihak kerajaan melalui Program PEMERKASA 2021. Melalui pengunguman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, program eBelia ini adalah merupakan salah satu program yang bakal ditambah baik daripada bantuan yang terdahulu. 


Untuk makluman, program eBelia ini adalah merupakan sebuah program untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia kita pada hari ini. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila ikuti segala perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini. 


JUMLAH BANTUAN E-WALLET


Jika sebelum ini bantuan e-wallet untuk golongan belia sebanyak RM100, kini nilai bantuan tersebut akan dinaikkan sebanyak RM50 dan menjadikan jumlah baharu yang bakal diterima adalah sebanyak RM150.


TARIKH PENGKREDITAN E-WALLET 2021


Untuk pengetahuan anda semua, tarikh pengkreditan e-wallet 2021 dijangkan akan dilakukan bermula pada bulan Jun ini. 


SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?

  • Golongan belia yang berumur antara 18-20 tahun.
  • Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa.

CARA MEMOHON
  • Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet / Boost / Grab
  • Sila isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap
  • Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan yang diberikan
  • Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak pengkreditan akan dilakukan ke dalam akaun anda yang aktif.

BANTUAN LAIN UNTUK GOLONGAN MUDA

Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan diperluas dengan tambahan peruntukan RM10 juta dengan menjadikan peruntukan kesuluruhan sebanyak RM21 juta. 

Hal ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan anak muda bandar dalam program keusahawanan. 

Post a comment

0 Comments