Bantuan Telefon Percuma Untuk Golongan B40 2021


Berita baik buat para pelajar sekolah daripada keluarga B40 dimana anda boleh memohon bantuan smartphone atau telefon pintar percuma B40 dengan data internet 120GB secara percuma untuk tahun 2021. 


BANTUAN SMARTPHONE PERCUMA B40

Untuk makluman, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah melancarkan Bantuan Smartphone Percuma B40 untuk membantu pelajar sekolah rendah dan juga menengah yang tidak memiliki sebarang peranti dan internet untuk pembelajaran dari rumah. 


Bantuan ini adalah merupakan sebiji telefon pintar percuma dengan data internet 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan). Para guru juga boleh mencalonkan para pelajar yang berkelayakan terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga B40. Ibu bapa juga boleh melakukan permohonan bantuan telefon pintar percuma ini secara sendiri. Antara maklumat yang diperlukan adalah:

  1. Nombor MyKid/MyKad murid
  2. Nombor MyKad IbuBapa
  3. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

CARA MEMOHON SMARTPHONE PERCUMA B40 2021

Untuk melakukan permohonan secara online, para pemohon hanya perlu mendaftarkan nama dengan mengisi maklumat yang diperlukan tadi di Borang Permohonan di bawah:



BORANG PERMOHONAN - KLIK DI SINI 

SEMAKAN STATUS

Untuk makluman, bagi ibu bapa dan para guru yang sudah melakukan permohonan, anda boleh melakukan semakan status permohonan anda secara online:
  1. Untuk melakukan semakan status anda, anda boleh layari https://lcs.yes.my/ 
  2. Sila masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  3. Paparan status akan dipaparkan. 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi: 

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Emel : ytlfoundation@ytl.com.my
Tel : +603 2038 0888
Fax : +603 2038 0388

Post a Comment

2 Comments

  1. Sy dh dpt telefon yes yg sy mohon..tapi telefon tu tiada line..mcm mna ye

    ReplyDelete
  2. Guru sekolah xde bgtau pn kt anak saya..Mslhnya ibupaba brpendapatan RM2K lbih layak mndpt telefon..Adil ke mcmni???

    ReplyDelete