Pembayaran i-Sinar Bulan Mei Bermula 3 Mei 2021

i-Sinar

Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Sinar bagi bulan April telah pun melabuhkan tirai. Kini, pembayaran untuk bulan Mei pula yang ditunggu-tunggu oleh penerima.

Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19 melanda.

Join Channel Telegram Rasmi Kami: t.me/portalsemakan

Oleh itu, pembayaran i-Sinar bagi bulan Mei ini lebih awal berbanding bulan April.

Baca Juga: Cara Pembayaran RM500 Untuk Golongan B40 Dan Penerima BPR

Pembayaran i-Sinar Bulan Mei Kategori 1&2

Pembayaran i-Sinar masih sama seperi sebelum ini iaitu pembayaran akan didahulukan kepada Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.

Pembayaran untuk bulan Mei pula dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.

Sedia makluman bahawa pembayaran adalah mengikut kumpulan/ batch masing-masing.

Jadual Pembayaran i-Sinar Mei
  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1/4/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima pembayaran tersebut.
  • Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut kumpulan/batch masing-masing.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu. (Tidak Dinyatakan)

Faham?

Info Penting Yang Perlu Anda Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT
  • Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.
PEMBAYARAN GAGAL KREDIT
  • Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akau salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada KWSP.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Post a Comment

4 Comments